Khamis, 15 Julai 2010

berita terkini

Menyedihkan 8 Julai 2010 jam 7.00 malam
 Md Shahir bin Muhamad mendapat kemalangan setelah kembali dari kerjanya di Hospital Segamat.Beliau mengalami kecederaan tulang belakang dan pinggang menyebabkan  masuk ke Wad ICU sejak kejadian berlaku.Dimana sekarang sudah sedar dan boleh berkata-kata hanya sekadar yang mampu sahaja. kami disini mendoakan semuga beliau banyak bersabar dan banyak berdoa semuga penyakitnya cepat sembuh seperti sedia kala.Masakini masih dirawat di Wad 7 Hospital Segamat.

Menggembirakan:

kemasukan anak-anak  ke IPTA.

Bidin Bin Sumat  - 2 orang ke UITM ( Amir )
Hj.Abdul Majid Md Yusof  - ke IPTG Parit Perak ( Muhammad Amin )
Hj Nordin Salamon             -  Metrikulasi Banting Selangor( Mohd Dhaman )
                                                 UTM Skudai ( Mohd Athar )
Hamdan Mahmood             - UPSI Tanjong Malim ( Mizan )
                                                Kolej Komuniti 2 Segamat ( Hafiz)
Latifah A Kadir                      Kolej Komuniti 2 Segamat ( Mohd Salehudin )
Rahman Jaafar                      Kolej Komuniti 2 Segamat ( Izuan )
Umar                                       Politeknik Kota  ( Md Yasin )

Jawatan yang baru diterima :

Norshahzarina                   Jabatan KEMAS Segamat.
Nor Farah Ain                    Jabatan Sumber Kemanusian Keluang.
Nurul Khafezah                  Jabatan Kebajikan Masyarakat  JB

PLKN; 3 orang

Muharam Indut -                  - ke Kem Rompin ( Hamizah )
Abdul Majid bin Md Yusof  - Di Kem Gambang kuantan( Muhammad Amin)
Mohd Shahir Muhamad      -  Di kem Pekan Nur Ain Bte Md Shahir )

Pertunangan :

1.Abd Hamid Ariffin  - anak sulungnya bertunang bln Julai dengan gadis pingitan Pogoh.
2.31 Julai 2010 di Kg Cederawasih Pahang seorang lagi anak penduduk disini bertunang dengan hantaran RM6000.00. dan akan belangsung perkahwinannya pada 14 Jan 2011.ia itu Othman Bin Nazarudin  dengan jamaliah Bte Amir.

1Ogos 2010 Papan Tanda nama jalan telah dibuat pembaruan  disetiap sudut jalan .Setiap satu papan tanda itu bertulis dengan nama Rumi dan Jawi ,berwarna biru dan merah .

  1. Julai 2010.Seorang lagi penduduk dimasukan ke Hospital mengalami sakit jantung dan gangguan dalaman.( Pn Latifah Bte Abd kadir )
  2. 7 Ogos 2010.Yasin dan Tahlil perdana diadakan di balai islam Tmn Mewah 

Khamis, 13 Mei 2010

MAJLIS MAULIDUR RASUL SAW 2010


Kerja Gotong Royong

Ahad 11April 2010.Taman Mewah Buloh Kasap.Sambutan Maulidur-rasul diadakan diTaman Mewah.Tema Maulidur Rasul saw pada tahun ini "


MEMANTAP UKHUWAH DAN MEMPERKASA UMMAH".


Setiap tahun majlis ini diadakan .Ahli  J/kuasa Sambutan dibentuk dan mengadakan mesyuarat persetujuan dan  mengatur gerak kerja melantik pengerusi-pengerusi didalam beberapa bahagian sebagai melicinkan perjalanan majlis tersebut.


Majlis gotong royong dijalankan dengan berbagai-bagai usaha ada yang  mengemaskini dewan , gotong royong masak memasak sehingga kepetang sebagai  jamuan pada malam tersebut.





Mesyuarat Ahli J/ Kuasa

Ketua memasak En Nazarudin Bin Baharudin dibantu oleh rakan-rakan secara gotong royong.Menu masakan yang dicadangkan diawalnya nasi putih tetapi bertukar nasi jagung , begitu juga lauknya dari sayur labu ,sambal sotong dan sambal jawa berubah kepada gulai dalca ,ayam  masak merah  serata sambal sotong.Air minuman sejuk dan panas teh o sahaja.

Bacaan Rawi /Berzanji

Majlis bermula jam 7.15 malam dengan solat berjemaah , berimamkan Imam 2 masjid Jamek Buloh Kasap berserta dengan tetamu jemputan dan penduduk lelaki dan perempuan serta kanak-kanak..bersama-sama berjemaah sehingga selesai salam dan doa.

Setelah itu majlis jamuan dimulakan , semua tetamu dijemput menikmati hidangan yang disediakan disiang tadi, Suasana mula riuh dan kedengaran berbagai-bagai suara menandakan kegembiraan dan kesukaaan semasda menikmati hidangan tersebut.



Majlis Selawat dan Marhaban

Apabila waktu Isya' sampai , seorang muazin menyampaikan Azan dan Iqamah, Semua hadirin yang hadir ,beramai-ramai bersembahyang berjemaah fardhu Isya'  sehingga lah selesai doa solat dan berselawat dan salam menandakan majlis solat bersurai.

Selepas solat Isyak , hadirin berhimpun beramai-ramai didalam dewan yang baru diubah suai dan dan dinaikan taraf yang begitu cantik dan menarik ,menandakan majlis sambutan maulidurrasul bermula.


Mendengar Ceramah 
Tiga orang pembaca jemputan mempersembahkan bacaan rawi pertama Tn Haji Muhamaad Bin Haron , rawi kedua Tuan imam Ali bin md Zain dan rawi keempat dibaca oleh Tn Haji Abdul Majid Bin Md Yusof  sehinggalah rawi penutup.


Menikmati jamuan 
Penceramah jemputan dari Pejabat Agama Islam Daerah Segamat ia-itu AL Ustaz Shaifulhizam Bin Jamaluddin  Pegawai Perunding keluarga >Tajuk ceramah beliau :Mulianya Rasulullah SAW dikaca mata islam.Cara penyampaian beliau sederhana  dan menarik minat para pendengar sebagai hadiah santapan rohani.