Khamis, 13 Mei 2010

MAJLIS MAULIDUR RASUL SAW 2010


Kerja Gotong Royong

Ahad 11April 2010.Taman Mewah Buloh Kasap.Sambutan Maulidur-rasul diadakan diTaman Mewah.Tema Maulidur Rasul saw pada tahun ini "


MEMANTAP UKHUWAH DAN MEMPERKASA UMMAH".


Setiap tahun majlis ini diadakan .Ahli  J/kuasa Sambutan dibentuk dan mengadakan mesyuarat persetujuan dan  mengatur gerak kerja melantik pengerusi-pengerusi didalam beberapa bahagian sebagai melicinkan perjalanan majlis tersebut.


Majlis gotong royong dijalankan dengan berbagai-bagai usaha ada yang  mengemaskini dewan , gotong royong masak memasak sehingga kepetang sebagai  jamuan pada malam tersebut.





Mesyuarat Ahli J/ Kuasa

Ketua memasak En Nazarudin Bin Baharudin dibantu oleh rakan-rakan secara gotong royong.Menu masakan yang dicadangkan diawalnya nasi putih tetapi bertukar nasi jagung , begitu juga lauknya dari sayur labu ,sambal sotong dan sambal jawa berubah kepada gulai dalca ,ayam  masak merah  serata sambal sotong.Air minuman sejuk dan panas teh o sahaja.

Bacaan Rawi /Berzanji

Majlis bermula jam 7.15 malam dengan solat berjemaah , berimamkan Imam 2 masjid Jamek Buloh Kasap berserta dengan tetamu jemputan dan penduduk lelaki dan perempuan serta kanak-kanak..bersama-sama berjemaah sehingga selesai salam dan doa.

Setelah itu majlis jamuan dimulakan , semua tetamu dijemput menikmati hidangan yang disediakan disiang tadi, Suasana mula riuh dan kedengaran berbagai-bagai suara menandakan kegembiraan dan kesukaaan semasda menikmati hidangan tersebut.



Majlis Selawat dan Marhaban

Apabila waktu Isya' sampai , seorang muazin menyampaikan Azan dan Iqamah, Semua hadirin yang hadir ,beramai-ramai bersembahyang berjemaah fardhu Isya'  sehingga lah selesai doa solat dan berselawat dan salam menandakan majlis solat bersurai.

Selepas solat Isyak , hadirin berhimpun beramai-ramai didalam dewan yang baru diubah suai dan dan dinaikan taraf yang begitu cantik dan menarik ,menandakan majlis sambutan maulidurrasul bermula.


Mendengar Ceramah 
Tiga orang pembaca jemputan mempersembahkan bacaan rawi pertama Tn Haji Muhamaad Bin Haron , rawi kedua Tuan imam Ali bin md Zain dan rawi keempat dibaca oleh Tn Haji Abdul Majid Bin Md Yusof  sehinggalah rawi penutup.


Menikmati jamuan 
Penceramah jemputan dari Pejabat Agama Islam Daerah Segamat ia-itu AL Ustaz Shaifulhizam Bin Jamaluddin  Pegawai Perunding keluarga >Tajuk ceramah beliau :Mulianya Rasulullah SAW dikaca mata islam.Cara penyampaian beliau sederhana  dan menarik minat para pendengar sebagai hadiah santapan rohani.