Selasa, 30 Mac 2010

PENGENALAN TAMAN MEWAH



Assalamualaikum.Warahmatul Allah 
السلام عليكم ورحمة الله
Ahlan wasahlan Ya Marhaban dan Salam Satu Malaysia .......
اهلان وسهلان 
Selamat datang dan terima kasih mengunjungi halaman Taman Mewah, Buloh Kasap 85010 .Segamat.

Taman Mewah ini berlokasi di belakang Pekan Buloh Kasap. Paling mudah kedudukannya adalah berhadapan dengan Pusat Kesihatan Kecil Buloh Kasap,Segamat.Bermula kolam ikan dikawasan paya berhadapan dengan beberapa buah  kedai sederet di Taman Berjaya.


Melalui Jalan Bersatu menyusur terus kehadapan  dan kita  kelihatan sebuah  papan tanda berwarna biru berbentuk separuh bulatan dipinggiran Jalan Nuri 8 bersebelahan Jalan Sepakat Taman Berjaya.Maka bermulalah persempadan antara Taman Berjaya dengan  Taman Mewah yang merupakan jiran yang  akrab dan karib,saling bantu membantu bekerja sama antara satu sama lain.،Kebersihan adalah tanggungjawab bersama ,merupakan arahan dan peraturan yang diwajibkan kita patuhi, pesanan dari Majlis Daerah Segamat.

Ahli Majlis Daerah yang diamanahkan mengawal dan memantau kawasan ini En Mustaffa Bin Mousa lantikan dari UMNO bahagian Segamat.Selain dari itu kita boleh buat aduan / rayuan  terus kepada Majlis Daerah Segamat   yang beroperasi setiap waktu bekerja Isnin  hingga Jumaat jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang ,Pengawasan kebersihan dikawasan Taman Mewah diseliakan  dan diamanahkan oleh sebuah syarikat swasta ALI  BERATA.oleh pihak Majlis Daerah Segamat.


Sampah -sampah dan sisa-sisa buangan  di punggut 2 hari sekali setiap pagi atau petang , melalui jalan-jalan yang disediakan.Barang-barang sisa-sisa buangan dikumpulkan didlam tong sampah pad setiap buah rumah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan