Tertubuhnya badan kebajikan asalnya dari sebuah majlis yasin,dimana penduduk buat pertama kali berkumpul dan bermuafakat membentuk sebuah jawatankuasa penaja disamping menggerakan aktiviti pertama ditaman ini.
Mereka membuat cadangan dan melantik seorang Pengerusi , Timbalan Pengerusi Setiausaha, Bendahari serta beberapa ahli J/Kuasa yang hadir pada ketika itu .Dengan perlantikan tersebut ,maka disusuli mesyuarat ahli j/kuasa pertama dan seterusnya serta membuat beberpa peraturan bagi melengkapkan sesebuah organisasi.
Selepas itu melantik ahli j/kuasa penaja UMNO dan direstui oleh UMNO Bahagian Segamat, maka diadakan mesyuarat agong pemilihan ahli jawatan kuasa UMNO Cawangan Taman Mewah.Ahli-ahli baru dan lama disatukan terdiri dari ahli-ahli cawangan asal sebelum mereka berhijrah ditukarkan alamat permohonan dengan menggunakan borang pertubuhan 9.
Kebanyakan ahli jawatankuasa yang dipilih di dalam mesyuarat agung adalah terdiri dari pegawai -pegawai kerajaan kategori C, pekerja-pekerja swasta dan orang yang baru berpencen lelaki dan wanita .Mereka yang dipilih telah di beri kepercayaan menerajui kepimpinan sehingga kini ,belum ada lagi sebarang pertukaran atau perubahan kepimpinan terutama bagi jawatan Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari.
Pengerusi : Tn Haji Abdul Majid Bin Md Yusof Pis II
Tim.Pengerusi: Ustaz Ali Bin Md Zin
Setiausaha : En Nazarudin Bin Baharudin
Pen.S\Usaha : Tn.Haji Nordin bin Salamon.
Bendahari : En.Md Nor Bin Tom.
Ahli J\Kuasa : En.Abd Hamid Bin Ariffin,
En.Mohd Yusof Bin Abd Aziz,
En.Md Nasir Bin Yusof,
En.Hamdan Bin Mahmod,
Tn.Haji Agil Bin Jaain,
En.Zaidi Bin Ujang,
Tn Hj Abu Bakar Bin Silong,
En.Mohd Shahir Bin Muhamad,
En.Kamal Bin Kamis,
En.Daud Bin Ishak,
En.Muharam Bin Endut,
En.Bidin Bin Sumat, dan
En.Shukur Bin Adnan.
Pemeriksa kira-kira:
En Rosli Bin Abu Bakar
En Md Yusof Bin Abd Aziz.
Beberapa orang ahli jawatan kuasa diberi kepercayaan dipilih menganggotai didalam organisasi Badan Tadbir Masjid serta memegang jawatan -pegawai masjid termasuk Imam 1 Tn Haji Agil Bin Jaain , Imam 2.Ust Ali Bin Md Zin ,Bilal, dan Noja/Tok SiakEn Suliman Bin Omar..Pengerusi Tn Haji Abdul Majid Bin Md Yusof PIS ii dan Ahli jawatan kuasa En Daud Bin Ishak .{Pemereksa Kira-kira Tn Haji Nordin Bin Salamon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan